Tuesday, August 23, 2005

Aluan Pengendali Blog

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat mewujudkan sebuah laman web yang memuatkan informasi - informasi yang berkaitan dengan perawatan berasaskan herba.
Kaedah perawatan berasaskan herba atau alamiah telah menjadi pilihan manusia kini kerana faktor kemujarabannya disamping tiada kesan sampingan apabila mengamalkannya. Kaedah ini telah menjadi alternatif kepada perubatan alopati (ubatan kimia) yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh serta organ manusia. Di atas faktor inilah, HPA Industries Sdn Bhd menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan asas dalam menghasilkan produk-produk kesihatan untuk kesejahteraan ummah.
Selain dari itu, produk-produk HPA juga merupakan alternatif kepada masyarakat Islam yang selama ini tercari-cari produk HALAL. Ya!!! Inilah produk pilihan kita yang terjamin HALAL dan BAIK.
Diharap dengan kewujudan laman web ini dapat mempromosikan produk-produk herba keluaran HPA Industries Sdn Bhd disamping meningkatkan lagi ilmu ke arah mengamalkan tumbuhan herba sebagai asas perawatan serta menjadi pilihan kepada kita semua.
"KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI "
"KECUKUPAN PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

PJS/PJE Zamri Iberahim
260038.MY01
Selangor Darul Ehsan

Tinta Pengarah Urusan HPA

Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik "Good Manufacturing Practice" (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Dalam menyambut tahun 2000 millenium baru, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.

Tuan Haji Ismail b. Hj Ahmad (Pengarah Urusan 1)
Puan Hajjah Norhayati bt. Hj Ahmad (Pengarah Urusan 2)
Julai 1999

Produk Keluaran HPA Industries Sdn Bhd

Produk HPA berasaskan herba
"Jadikan makananmu sebagai ubat dan ubat sebagai makananmu"
Bagi insan yang sihat, ianya menjadi makanan. Manakala insan yang diuji oleh Allah dengan penyakit, ianya InsyaAllah menjadi ubat.

Peranan Herba Untuk Kesihatan Kita
1. Mengelakkan penuaan (anti-aging)
2. Menghindari daripada penyakit barah
3. Mengelakkan daripada penyakit-penyakit merbahaya
4. Merawat dan mengubati penyakit-penyakit merbahaya

"Sekiranya Mereka Mengetahui Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan Emas"